Assalamualaikum wbt
Hi U'olls bloggers sporting sis.. Terima kasih kerana masih sudi membaca segala tips2 dan info dalam blog sis. Diharapakan segala perkongsian ilmu ni sedikit sebanyak dapat membantu anda yang dalam usaha atau dah berjaya hamil.
.
Kali ni sis nak kongsikan dengan anda tanda-tanda awal yang berkemungkinan besar anda bakal menjadi ibu bapa. Whatss..?? Seriously..??
.
Bagi mereka yg baru berkahwin atau yang baru first time usaha untuk hamil kadangkala tak sedar yang mereka dah berbadan dua. Mungkin tanda awal dah ada cuma tak perasan sebab selalu sangat kalau kat drama2 tu bila nk muntah je hamil muntah je hamil.. Btol tak ?
.
Sebenarnya banyak lagi tanda-tanda yg anda boleh kesan sama ada anda hamil atau tak.
.
JOM kita selongkar satu persatu simptom yg paling fofuler untuk tau sama ada anda berjaya hamil atau sekadar kembung perut..
.
1. TAK DATANG HAID
********************
Jika anda biasa datang haid tepat pada tarikhnya dan tiada masalah kesihatan atau kesuburan tup tup haid tak datang. Tu kemungkinan petanda anda sedang mengandung !. Lakukan pemeriksaan awal kehamilan sendiri dengan menggunakan alat ujia kehamilan yg boleh didapati di farmasi. Pasti Cemas kan !!
.
2. LETIH & KADANGKALA SESAK NAFAS
***************************************
Jika anda mengalami masalah sesak nafas yang luar biasa, ia juga kemungkinan anda sedang hamil. Ini kerana fetus di dalam rahim berkongsi oksigen yang sama. Keletihan yang dialami mungkin sebab peningkatan hormon progestron. Kengkadang rasa mengantuk dan malas sepanjang hari. Cuba cek.. ada tak rasa malas giler2 skrg ni??
.
3. MORNING SICKNESS
**********************
Mual, loya, muntah dan pening kepada macam dalam drama2 melayu tu adalah simptom wajib yang akan dilami oleh kebanyakkan bakal ibu hamil. Kebiasaan dia akan menyerang pada waktu pagi yang membantutkan niat dan program anda seharian. Ada gak yang mengalaminya pada waktu malam atau sepanjang hari. Biasanya tanda2 ni akan berakhir sendiri apabila usia kandungan masuk ke trimester atau kedua kehamilan.
.
4. SORRY !! TAK LAPAR !!
************************
Pada awal kehamilan kadangkala membuat tekak rasa loya dan selera makan hilang walaupun makanan tu memang menjadi idaman hati. Tu sebenarnya disebabkan oleh peningkatan jumlah hormon estrogen. Rasa benci akan membuat sesetengah ibu hilang selera makan di awal fasa kehamilan. Ada juga bakal ibu yang mula mengidam sesetengah jenis makanan. Dan ada juga yang kuat makan dan asyik lapar sepanjang hari. Pada waktu ni laa.. nak tengok peranan En. Husband melayan kerenah kite.!!
.
5. Hmmm..!! BAU PER NI ??
*************************
Nak tau tak ? Wanita hamil sangat sensitif pada bau-bauan. Tetiber deria bau dia semakin kuat plak. Mereka boleh mengesan bau yang mereka gemar dan tak gemar dengan mudah. Oleh tu, sekiranya anda sedang berpeluh dan berbau.. pastikan jarak anda jauh dari mereka kerana dikhuatiri ada yang termuntah di depan anda. Oppss..!!
.
6. MOOD SWING SWINGS
***********************
Perubahan hormon kengkadang membuatkan anda mudah mengalami "Mood Swings". Pastinya ada sahaja yang tak kena di mata anda. Ada je yang salah atau betul.. Tapi kebanyakkannya salah !! Tapi lain orang lain reaksinya terhadap hormon dalam badan. Jadi sebelum lakukan apa2 tindakan kita tengok dulu mood bakal ibu ni.
.
7. PAYUDARA KEBAS, MEMBENGKAK & LEMBUT
**********************************************
Kerana perubahan hormon, payudara anda akan lebih sensitif dari biasa. Jangan risau sebab badan anda akan menyesuaikan diri dengan perubahan hormon tersebut selepas trimester pertama. Payudara anda akan membesar sebagai persiapan untuk menyusukan bayi kelak.
.
8. PUTING JADI GELAP
*********************
Kebiasaan selepas lapan minggu kehamilan, bulatan sekitar puting payudara (aerola) mula bertukar warna gelap. Puting anda juga menjadi lebih tegang dan lebam disekitarnya.
.
9. SUHU BADAN BERTAMBAH
****************************
bagi yang selalu ambil suhu badan sebelum tidur atau semasa bangun tidur, anda akan perasan tentang suhu badan anda tetiba meningkat.
.
10. ADOIII..!! PERUT KEMBUNG & SEMBELIT
******************************************
FYI..! Walaupun usia kandungan masih awal dan saiz rahim masih kecil, perut anda mungkin berasa kembung dan menyebabkan anda rasa semua pakaian anda sendat. Dalam masa sama masalah sembelit anda semakin menjadi2 disebabkan oleh progestron agak perlahan dalam sistem peghadaman.
.
11. JANGAN GUNA TANDAS ITU.. !!!
*********************************
Perubahan hormon kadang2 boleh menyebabkan peningkatan darah melalui buah pinggang, dan bakal ibu akan sentiasa nk terkucil. Badan juga mula menghasilkan lebih cecair ketika mengandung. Kekerapan anda membuang air kecil akan berganda sepanjang tempoh kehamilan. Ini kerana semakin membesar saiz rahim, ia akan menekan pundi kencing anda berikutan saiz fetus (janin) yang semakin membesar.
.
12. Aduhh..!! PENINGNYE !! NAK PITAM !!
**************************************
Kesan dari peralihan hormon dalam badan, anda mungkin akan mengalami rasa pening kepala ketika mengandung. Ia juga mungkin disebabkan jantung anda mengepam dengan lebih cepat dalam badan. Ada juga kemungkinan disebabkan sedikit penurunan tekanan darah. Kesan yang anda terima pada awal kehamilan sahaja.
.
13. Aouchh..!! KEJANG & SPOTTING
********************************
Ada juga sesetengah bakal ibu akan mengalami sedikit spotting atau keluar darah. Jangan bimbang sekiranya pengeluaran darah tidak berlanjutan. Lakukan pemeriksaan dengan pakar sakit puan bagi mendapatkan penerangan lanjut dan pemeriksaan lebih terperinci agar anda dan bayi selamat. Sekiranya anda berasa kejang, jangan risau.. ia mungkin kerana rahim anda sedang mengembang dan sebagai persediaan untuk janin membesar.
.
14. SAKIT BELAKANG
*********************
Sering kali posisi tidur ibu terganggu dan menyebabkan pinggang anda sakit. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan keadaan janin semakin membesar.
.....................................................................................................................................
Banyak lagi petanda lain yang mungkin anda alami tidak ada dalam senarai ni. Kongsikan detik2 awal anda menanti penuh debaran atau kejutan pertama saat dapat tahu anda HAMIL dengan sis di ruangan komen ni. Mungkin boleh jadi sumber inspirasi buat mereka bakal ibu yang masih berusaha untuk hamil ?? Cer Komen k !!
.
#listranuderm
#pakarkesuburan