TAHUKAH ANDA ?? CehWahh ! Formal sangat kan !
***************************************************
Kopi adalah minuman kedua yang paling popular di dunia selepas teh. Bukti terawal minuman KOPI dalam dunia moden adalah pada abad ke 5 di Yaman. Seterusnya ia berkembang ke Mesir dan Utara Afrika. Pada abad ke 16 ia mulai popular di sebahagian Negara Timur Tengah, Persia dan Turki. Kemudian terus berkembang ke Itali dan negara negara eropah lain.
Banyak pakar pemakanan yang telah menjelaskan kebaikan dan keburukan meminum kopi. Semuanya bergantung kepada metabolisme individu peminum kopi tersebut.
APA SEBENARNYA KEBAIKAN KOPI ??
******************************************
Kebaikan kafein dalam KOPI
****************************
Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung.
Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.
Kafein juga dapat mengurangkan lemak. Tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.
KEBAIKAN KOPI BERGULA
******************************
Secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak iaitu dengan pengambilan kafein dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Sumber ini diperolehi melalui Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis.
.
KANDUNGAN ANTIOKSIDA DALAM KOPI
*********************************************
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.
.
Kajian mendapati pengambilan kopi memberi manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes.
.
Penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan.
.
Kajian dari beberapa Universiti seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
.
Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik.
...........................................................................................
“Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,”
...........................................................................................
katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif.
AWAS !! KEBURUKAN KOPI !
*******************************
Namun, dalam beberapa penelitian, kopi sebenarnya tidak digalakkan sangat diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. Ini bermakna kopi boleh diminum tetapi pada kadar yang betul dan sesuai dengan tubuh badan.
“Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “
Ada juga kajian dari Institut Karolinska, Sweden. menyatakan bahawa wanita yang mengambil 100mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran.
..........................................................................................
Sebenarnya segala jenis pemakanan adalah bergantung kepada cara pengambilan. Jika salah sukatan atau melebih-melebih pula dari yang disyorkan kesannya lebihlah yang anda dapat.
Apapun tepuk dada tanya selera sebab selera kita tak sama ! Betul tak ?
JEMPOT MINUM ! Urmmmm~~~
No comments:
Post a Comment