Saturday, 5 March 2016

KELIRU !! - POSITIF TAPI TAK HAMIL !! AKU HAMIL KE TIDAK ??

Assalamualaikum w.b.t

Hi Mommy Daddy to be dan anda yg sudi mengikuti perkembangan di Blog Listra Nuderm sis ni. Kali ni sis nak kongsikan dengan anda beberapa perkara menarik yang sis peroleh dari sumber2 yang boleh dipercayai. Semua ni sis lakukan kerana sis dapat maklumbalas dari rakan2 dan pelanggan yg tgh cuba ikhtiar hamil. Bila buat ujian kehamilan memang POSITIF tapi tak ngandung2 jgak.. WHY..!! 

So disini sis nak kongsikan dengan anda beberapa sebab mengapa ujian boleh jadi positif walaupun anda sebenarnya tak hamil supaya anda lebih berhati2 slpas ni bila mendapat keputusan ok !

Semua para isteri pastinya akan happy jika pengambilan ujian kehamilan dan ujian air kencing menunjukkan dua line.. Dan pastinya anda akan menganggap anda BERJAYA HAMIL ! Ujian kehamilan dirumah sememangnya sangat tepat dan kadar ketepatannya melebihi 98%. Tapi bila buat pemeriksaan doktor.. tak pula hamil. Agak kebingungan disini dan banyak tanggapan dan tanda tanya mula bermain2 difikiran anda. Semuanya berpunca dari :


👩 RAWATAN KESUBURAN
************************
Suntikan hCG @ Gonadotrophins sbg cth Pregynl atau Pergonal yg dgunakan utk mencetus ovulasi boleh menyebabkan ujian kehamilan menjadi positif untuk berminggu lamanya walaupun sebenarnya anda tak hamil.
.
👩 GARIS PENYEJATAN
**********************
Garis ini terjadi kerana air kencing yg melintasi ujian menjadi sejat dan meninggalkan garisan perang. Ia sering diinterpretasikan sbg POSITIF walaupun sebenarnya belum hamil lagi.
.
👩 MEMBUAT DENGAN CARA TIDAK BETUL
*****************************************
Penting utk anda membaca arahan terlebih dahulu sebelum menjalankan ujian utk memastikan keputusan ujian yg tepat. Jika ujian menyatakan anda perlu mentafsirkan dalam masa beberapa minit. anda perlu lakukannya. Mentafsir ujian tanpa mengikut arahan yg tepat boleh memberikan keputusan palsu.
.
👩 MASALAH PERUBATAN
************************
Ketumbuhan pada ovari boleh memberi bacaan POSITIF  walaupun sebenarnya anda tak hamil tapi ia sangat jarang terjadi
.
👩 UBAT-UBATAN
****************
Sesetengah ubat seperti Methadone, Chlordiazepoxide atau Promethazine boleh memberikan ujian kehamilan palsu
.
👩 KEHAMILAN KIMIA
*********************
Pada dasarnya anda berjaya hamil, tapi anda gugur terlalu awal tanpa anda sedar. Keadaan ni sgt kerap terjadi dan walaupun ujian masih positif tapi sebenarnya anda tak hamil lagi
.

👩 ALAT UJIAN KEHAMILAN YANG TAMAT TEMPOH
************************************************
Yang ni sememangnya boleh memberi keputusan ujian paslu. Sentiasa periksa tarikh luput sebelum menjalani ujian bagi memastikan keputusan yg anda terima adalah tepat. OK !

[Sumber : Dr R Junaidah]
...............................................................................................................................................
Untuk kesahihan yang terbukti berkesan.. Lakukan pemeriksaan di klinik pakar sakit puan. Kemungkinan doktor akan menggunakan ujian ultrasound utk mengesan kehamilan. Jika masih negatif, kehamilan anda mungkin masih terlalu awal, Saranan doktor pasti ada untuk anda dengan pelbagai kaedah dan alternatif yang sesuai untuk ikhtiar kehamilan.
.
Selain tu, dapatkan pemakanan sunnah sebagai alternatif anda dalam berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Diformulasikan bagi merawat masalah kesihatan dan kesuburan pasangan supaya mudah lekat dan kekal sihat. Insya-Allah. 
.
HABBASAUDA LISTRA + BEE COFFEE
.
Kepada pelanggan terawal yang Whatsapp kami akan mendapat harga PROMOSI + FREEGIFT.
.
BERMINAT ??
........................................................................................................................
Sila PM disini
.
@tau
.
 SMS/Whatsapp/Call 012-7920199
 SMS/Whatsapp/Call 012-7920199
.
@tau
.
Tinggalkan alamat email anda diruangan komen. Nti kami akan balas segalan info yang anda inginkan.
...............................................................................................
Beri peluang kepada diri anda merasai khasiat dan kebaikan makanan sunnah.
.
BERTINDAK SEGERA !!
.
Kami sedia membantu anda menyelesaikan masalah kesuburan anda !

Wednesday, 2 March 2016

TIPS BERSAMA - HANYA PADA MEREKA YANG DAH KAHWIN SAHAJA (18SX)

Assalamualaikum w.b.t


AMARAN ! - HANYA PADA MEREKA YANG DAH KAHWIN SAHAJA. 18SX.. ⚠
==========================================

Hi U'olls.. Kali ni sis nk kongsikan dengan anda semua petua mudah hamil melalui hubungan intim. Tapi make sure anda dan isteri je yang baca. Jangan tunjuk pada yang tak berkenaan.. MALUUUuu!!

Mungkin anda mempunyai persepsi yang berbeza dimana bila bersetubuh je pasti akan mengandung.. Wahh!! SILAP BESOR lerhh~! 

Anda perlu tahu masa yang sesuai + cara bersama yang betul (kekerapan bersama) + pemakanan yang sesuai = Insya-Allah BOOM !! Berjaya Hamil !

Jom sis kongsikan tips mengenai cara untuk cepat hamil dari aspek hubungan seksual.
.


PERHATIAN !! - Ianya hanya perkongsian ilmu bukan membincangkan perkara LUCAH !
...........................................................................................
TIPS PERTAMA 
.
30 - 60 minit sebelum bersama pastikan anda kencing dahulu dan bersihkan alat kelamin anda sebersihnya.
.
TIPS KEDUA
.
Pastikan selepas melakukan seks.. JANGAN BERGERAK atau BANGUN. Sebaiknya terus tidur atau baring dalam masa 30 - 60 minit untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang ke dalam faraj dan mencari telur ovari.
TIPS KETIGA
.
Jangan sesekali membersih faraj anda setelah selesai melakukan hubungan intim bersama suami anda
.
TIPS KEEMPAT
.
Ketahui dan lakukan persetubuhan pada waktu subur (kebiasaan hari ke-14) dan kekerapan sekurang-kurangnya 5 kali
.
TIPS KELIMA
.
Sebelum ejakulasi, pastikan zakar suami betul-betul keras dan masuk ke dalam faraj sedalam mungkin dan pancutlah air mani dengan laju
.
TIPS KEENAM
Gunakan pelbagai cara bersetubuh. Paling sesuai, gunakan teknik TOK JANGGUT dimana ianya memerlukan kedua kaki wanita kengkang keatas dan masukkan zakar kedalam faraj dari arah depan.
.
Teknik Tok Janggut

TIPS KETUJUH
.
Selain tu, u'olls boleh try teknik CHE SITI WAN KEMBANG dari kelantan dengan menggunakan lapik bantal dibawah punggung. Tujuannya memudahkan zakar masuk sedalam-dalamnya ke dalam faraj. Teknik PUTERI SAADONG juga merupakan teknik yang hampir sama. Teknik ini telah memberi peratusan yang tinggi bagi wanita untuk hamil. Jadi anda juga boleh cuba teknik ni.
.
Teknik Che Siti Wan Kembang

TIPS KELAPAN
.
Apabila suami selesai memancutkan air mani ke dalam faraj.. biarkan zakar didalam faraj untuk beberapa minit. Apabila zakar anda sudah kecut barulah tarik keluar.
.........................................................................................
Itulah serba sedikit tips atau petua mudah hamil dalam melakukan hubungan intim bersama pasangan anda. Diharapkan ianya memberi manfaat dan idea yang berguna buat anda yang sedang ikhtiar untuk hamil.
.
Selamat MENCUBA !!
--------------------------------------------------------------------
ANDA INGIN HAMIL ?? TAHU TIPS TAPI ADA MASALAH KESUBURAN ??
KAMI SEDIA MEMBANTU DENGAN MEMBERI TIPS YANG LEBIH BANYAK LAGI..
.
MALU ??
.
ANDA WHATSAPP SIS SEGERA !! NANTI SIS AKAN CUBA BANTU ANDA SEBAIKNYA !!
.
(Sebarang Pertanyaan sila PM dipage kami :
💻 https://www.facebook.com/messages/thread288791107892887
💻 https://www.facebook.com/messages/thread288791107892887
atau
📞 SMS/Whatsapp/Call +60127920199)
📞 SMS/Whatsapp/Call +60127920199)

INGAT !! FAST ACTION FAST RESULT !! Beri peluang pada diri merasai detik bahagia memiliki dan membesarkan zuriat sendiri !!
.
#listranuderm
#pakarkesuburan






Monday, 22 February 2016

" EH..EH..! SERIUS KE NI AKU MENGANDUNG ?? "

Assalamualaikum wbt

Hi U'olls bloggers sporting sis.. Terima kasih kerana masih sudi membaca segala tips2 dan info dalam blog sis. Diharapakan segala perkongsian ilmu ni sedikit sebanyak dapat membantu anda yang dalam usaha atau dah berjaya hamil.
.
Kali ni sis nak kongsikan dengan anda tanda-tanda awal yang berkemungkinan besar anda bakal menjadi ibu bapa. Whatss..?? Seriously..??
.
Bagi mereka yg baru berkahwin atau yang baru first time usaha untuk hamil kadangkala tak sedar yang mereka dah berbadan dua. Mungkin tanda awal dah ada cuma tak perasan sebab selalu sangat kalau kat drama2 tu bila nk muntah je hamil muntah je hamil.. Btol tak ?
.
Sebenarnya banyak lagi tanda-tanda yg anda boleh kesan sama ada anda hamil atau tak.
.
JOM kita selongkar satu persatu simptom yg paling fofuler untuk tau sama ada anda berjaya hamil atau sekadar kembung perut..

.
1. TAK DATANG HAID
********************
Jika anda biasa datang haid tepat pada tarikhnya dan tiada masalah kesihatan atau kesuburan tup tup haid tak datang. Tu kemungkinan petanda anda sedang mengandung !. Lakukan pemeriksaan awal kehamilan sendiri dengan menggunakan alat ujia kehamilan yg boleh didapati di farmasi. Pasti Cemas kan !!
.
2. LETIH & KADANGKALA SESAK NAFAS
***************************************
Jika anda mengalami masalah sesak nafas yang luar biasa, ia juga kemungkinan anda sedang hamil. Ini kerana fetus di dalam rahim berkongsi oksigen yang sama. Keletihan yang dialami mungkin sebab peningkatan hormon progestron. Kengkadang rasa mengantuk dan malas sepanjang hari. Cuba cek.. ada tak rasa malas giler2 skrg ni??
.
3. MORNING SICKNESS
**********************
Mual, loya, muntah dan pening kepada macam dalam drama2 melayu tu adalah simptom wajib yang akan dilami oleh kebanyakkan bakal ibu hamil. Kebiasaan dia akan menyerang pada waktu pagi yang membantutkan niat dan program anda seharian. Ada gak yang mengalaminya pada waktu malam atau sepanjang hari. Biasanya tanda2 ni akan berakhir sendiri apabila usia kandungan masuk ke trimester atau kedua kehamilan.
.
4. SORRY !! TAK LAPAR !!
************************
Pada awal kehamilan kadangkala membuat tekak rasa loya dan selera makan hilang walaupun makanan tu memang menjadi idaman hati. Tu sebenarnya disebabkan oleh peningkatan jumlah hormon estrogen. Rasa benci akan membuat sesetengah ibu hilang selera makan di awal fasa kehamilan. Ada juga bakal ibu yang mula mengidam sesetengah jenis makanan. Dan ada juga yang kuat makan dan asyik lapar sepanjang hari. Pada waktu ni laa.. nak tengok peranan En. Husband melayan kerenah kite.!!

.
5. Hmmm..!! BAU PER NI ??
*************************
Nak tau tak ? Wanita hamil sangat sensitif pada bau-bauan. Tetiber deria bau dia semakin kuat plak. Mereka boleh mengesan bau yang mereka gemar dan tak gemar dengan mudah. Oleh tu, sekiranya anda sedang berpeluh dan berbau.. pastikan jarak anda jauh dari mereka kerana dikhuatiri ada yang termuntah di depan anda. Oppss..!!
.
6. MOOD SWING SWINGS
***********************
Perubahan hormon kengkadang membuatkan anda mudah mengalami "Mood Swings". Pastinya ada sahaja yang tak kena di mata anda. Ada je yang salah atau betul.. Tapi kebanyakkannya salah !! Tapi lain orang lain reaksinya terhadap hormon dalam badan. Jadi sebelum lakukan apa2 tindakan kita tengok dulu mood bakal ibu ni.
.
7. PAYUDARA KEBAS, MEMBENGKAK & LEMBUT
**********************************************
Kerana perubahan hormon, payudara anda akan lebih sensitif dari biasa. Jangan risau sebab badan anda akan menyesuaikan diri dengan perubahan hormon tersebut selepas trimester pertama. Payudara anda akan membesar sebagai persiapan untuk menyusukan bayi kelak.
.
8. PUTING JADI GELAP
*********************
Kebiasaan selepas lapan minggu kehamilan, bulatan sekitar puting payudara (aerola) mula bertukar warna gelap. Puting anda juga menjadi lebih tegang dan lebam disekitarnya.
.
9. SUHU BADAN BERTAMBAH
****************************
bagi yang selalu ambil suhu badan sebelum tidur atau semasa bangun tidur, anda akan perasan tentang suhu badan anda tetiba meningkat.
.
10. ADOIII..!! PERUT KEMBUNG & SEMBELIT
******************************************
FYI..! Walaupun usia kandungan masih awal dan saiz rahim masih kecil, perut anda mungkin berasa kembung dan menyebabkan anda rasa semua pakaian anda sendat. Dalam masa sama masalah sembelit anda semakin menjadi2 disebabkan oleh progestron agak perlahan dalam sistem peghadaman.
.
11. JANGAN GUNA TANDAS ITU.. !!!
*********************************
Perubahan hormon kadang2 boleh menyebabkan peningkatan darah melalui buah pinggang, dan bakal ibu akan sentiasa nk terkucil. Badan juga mula menghasilkan lebih cecair ketika mengandung. Kekerapan anda membuang air kecil akan berganda sepanjang tempoh kehamilan. Ini kerana semakin membesar saiz rahim, ia akan menekan pundi kencing anda berikutan saiz fetus (janin) yang semakin membesar.

.
12. Aduhh..!! PENINGNYE !! NAK PITAM !!
**************************************
Kesan dari peralihan hormon dalam badan, anda mungkin akan mengalami rasa pening kepala ketika mengandung. Ia juga mungkin disebabkan jantung anda mengepam dengan lebih cepat dalam badan. Ada juga kemungkinan disebabkan sedikit penurunan tekanan darah. Kesan yang anda terima pada awal kehamilan sahaja.
.
13. Aouchh..!! KEJANG & SPOTTING
********************************
Ada juga sesetengah bakal ibu akan mengalami sedikit spotting atau keluar darah. Jangan bimbang sekiranya pengeluaran darah tidak berlanjutan. Lakukan pemeriksaan dengan pakar sakit puan bagi mendapatkan penerangan lanjut dan pemeriksaan lebih terperinci agar anda dan bayi selamat. Sekiranya anda berasa kejang, jangan risau.. ia mungkin kerana rahim anda sedang mengembang dan sebagai persediaan untuk janin membesar.
.
14. SAKIT BELAKANG
*********************
Sering kali posisi tidur ibu terganggu dan menyebabkan pinggang anda sakit. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan keadaan janin semakin membesar.
.....................................................................................................................................
Banyak lagi petanda lain yang mungkin anda alami tidak ada dalam senarai ni. Kongsikan detik2 awal anda menanti penuh debaran atau kejutan pertama saat dapat tahu anda HAMIL dengan sis di ruangan komen ni. Mungkin boleh jadi sumber inspirasi buat mereka bakal ibu yang masih berusaha untuk hamil ?? Cer Komen k !!
.
#listranuderm
#pakarkesuburan

Sunday, 21 February 2016

BESTNYE HAMIL !!

Assalamualaikum wbt..
.
Hi U'OLLS.. rsenye dah lme sgt sis tak update something kat blog ni kan. Tapi hari ni mood utk berkongsi sesuatu dengan anda menjelma plak..
.
Kali ini isu dia lbh happening dan sering berlaku pada mereka yang dah pun berjaya hamil.. Wahhh..!!.
.
Sememangnya menjadi keinginan bagi semua wanita yang telah berumah tangga untuk merasai dan menikmati sendiri nikmat hamil dan bergelar ibu. Betul tak ???
.
Biarpun ramai yg tlah berjaya hamil menceritakan pengalaman mereka betapa siksanya tempoh kehamilan mereka kerana pada waktu tu la perubahan emosi dan fizikal berlaku. Tetapi tau tak u'olls sebenarnya ada beberapa perkara menyeronokkan yang hanya boleh u'olls nikmati sepanjang tempoh kehamilan. Ini berdasarkan pengalaman sis yang pernah merasainya sendiri.. Memang syok..
.
Disini sis nak kongsikan dengan anda pengalaman yang menyeronokkan apabila bergelar ibu hamil atau lbh fofuler kte panggil 'MAK BUYUNG' Hehehee..!!
.

Keseronokkannya adalah :
.
1. U'Olls BOLEH BERIBADAH KEPADA ALLAH DENGAN MUDAH
------------------------------------------------------------------------------
Masa ni lah u'olls diberikan peluang utk melebihkan amal ibadah kepada Allah swt kerana sepanjang tempoh kehamilan sudah tentu tak ada haid. Jadi, apa kata ambil peluang yang ada ni dengan melipat gandakan amal ibadat anda berbanding sebelum mengandung dolu2.. JOM dekatkan diri dengan Allah selain banyakkan rasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.
.
Pada waktu ni kita boleh..
.
☺Solat Sunat
☺Baca Al-Quran
☺Zikir
☺Puasa sunat
.
Sememangnya ia baik sebagai ransangan kepada janin dalam kandungan.
.
.
2. U'Olls DAH TAK PAYAH SUSAH2 TENUNG KALENDER LAGI !
---------------------------------------------------------------------------
Kebiasaannya bagi golongan wanita seperti kita ni selalu sangat memeriksa kalender apabila bersama dengan suami untuk memastikan waktu subur.
.
Tapi bila dah mengandung ni.. tak perlu risau atau asyik mengira tarikh dah. Dah tentu u'olls tak perlu risau lagi utk lakukan hubungan intim dengan En. Husband. Harap En. Husband mengerti dan bersabar yerr.. !
.
.
3. Say Good Bye pada SENGGUGUT !
-------------------------------------------
Jika dolu2 mungkin u'olls akan berubah emosi setiap bulan apabila dtg haid. Maklumlah ketidakselesaan dan kesakitan yg dialami saat dtg haid hanya kite2 shj yg tau.
.
Tapi bila dah hamil ni, tiada lgi rasa sakit pinggang sebb senggugut setiap bulan sehingga menyukarkan aktiviti harian kita jadinye.. yerr tak?.. So.. Nikmati ia sepanjang tempoh mengandung ni.
.
.
4. SPECIAL SERVIS & OFFER U'OLLS !
----------------------------------------------------
Mungkin keseronokkan ni hanya dpt dinikmati apabila perut u'olls semakin menyerlah. Pergilah kemana shj pasti ada org akan memberi keutamaan dan layanan istimewa buat ibu hamil. Tu yang seronoknya tu bila hamil !! Senyum je la sambil ucap terima kasih !
.
.
5. YIPPIE..!! SHOPPING TIME !!
--------------------------------------
Bagi anda yg dah lama tak membeli belah untuk kepeluan sendiri, maka inilah peluang anda membeli barangan baru. Oleh sebab ibu hamil sudah mengalami perubahan saiz badan maka dah tentu u'olls memerlukan bra, seluar dalam, pakaian, kasut dlll keperluan baru. So.. tunggu apa lagi ? Cepat ajak En. Husband p Shopping.. Harap En. Husband bersabar yerr..
.
.
6. PERHATIAN LEBIH DARI BIASA
------------------------------------------
Syok Woooo.. Time ni la peluang bagi u'olls untuk dapatkan perhatian lebih dari En. Husband
.
Masa mengandung isteri boleh bermanja lebih dengan suami. Jika teringin nak makan sesuatu, cepat jer Husband carikan. Kalau mengadu lengih badan atau sakit kaki, segera je Husband tolong urutkan dan lagi BEST bila Husband suruh kite banyak berehat dirumah. Segala kerja rumah dia bereskan.
.
Tapi dalam islam pun memang ada menyebut para suami digalakkan beri perhatian dan menjaga kebajikan isteri yang sedang mengandung.. Tapi u'olls jangan buli pulak En. Husband.. merajuk plak dia nanti..
.
.

7. YAKIN DIRI SEMAKIN BERGANDA
----------------------------------------------
Secara automatik bila dan dan Doktor sahkan kite hamil, Kite akan berasa gembira dan bahagia. Kegembiraan yg dialami tu sevara tak langsung akan meningkatkan hormon gembira dalam badan dan ia akan terus meningkatkan keyakinan diri.
.
Sebab tu lah orang mengandung tak pernah kenal erti putus asa dan bersyukur selalu.
.
.
...........................................................................................

So.. lepas ni tiada lagi alasan mengapa mengandung menjadi bebanan bagi sesetengah wanita. Ada ramai lagi wanita didunia ni dari u'olls yg ingin merasai detik kehamilan dan melahirkan tetapi tidak mendapat peluang tersebut, Maka anda yg dikurniakan anugerah tu sewajarnya rasa bersyukur dan nikmati sembilan bulan kehamilan tu dengan gembira.
.
Kepada mereka yang masih berusaha utk rasa bagaimana detik2 sembilan bulan tu.. Teruskan BERDOA, IKHTIAR Bersungguh-sungguh dan REDHA dengan ujian-Nya..
.
Selain tu.. Anda boleh amalkan suplimen yang bersesuaian untuk membantu usaha anda mendapatkan zuriat.
.
.
Sis cadangkan anda berikhtiar dengan pemakanan sunnah.
.
Dapatkan set pemakanan sunnah lengkap HABBASAUDA LISTRA. Ia sangat sesuai buat u'olls yang masih ikhtiar hamil dan merawat masalah dalaman agar mudah lekat.
.
.
Hubungi sis atau whatsapp  sis di sini
.
===> WHATSAPP / CALL / SMS +60127920199
===> WHATSAPP / CALL / SMS +60127920199
===> WHATSAPP / CALL / SMS +60127920199
 .
ATAU
.
PM sis disini
.
.
💻 https://www.facebook.com/messages/288791107892887 
💻 https://www.facebook.com/messages/288791107892887
..........................................................................................
#listranudem
#pakarkesuburan

Wednesday, 10 February 2016

MAMAK ! KOPI SATU !!

TAHUKAH ANDA ?? CehWahh ! Formal sangat kan !

***************************************************
Kopi adalah minuman kedua yang paling popular di dunia selepas teh. Bukti terawal minuman KOPI dalam dunia moden adalah pada abad ke 5 di Yaman. Seterusnya ia berkembang ke Mesir dan Utara Afrika. Pada abad ke 16 ia mulai popular di sebahagian Negara Timur Tengah, Persia dan Turki. Kemudian terus berkembang ke Itali dan negara negara eropah lain.

Banyak pakar pemakanan yang telah menjelaskan kebaikan dan keburukan meminum kopi. Semuanya bergantung kepada metabolisme individu peminum kopi tersebut. 


APA SEBENARNYA KEBAIKAN KOPI ??
******************************************
 Kebaikan kafein dalam KOPI
****************************
Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. 

Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.

Kafein juga dapat mengurangkan lemak. Tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.

KEBAIKAN KOPI BERGULA
******************************
Secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak iaitu dengan pengambilan kafein dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Sumber ini diperolehi melalui Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis.
.
KANDUNGAN ANTIOKSIDA DALAM KOPI
*********************************************
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.
.
Kajian mendapati pengambilan kopi memberi manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes. 
.
Penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan.
.
Kajian dari beberapa Universiti seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
.
Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson menjelaskan,Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. 
...........................................................................................
Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,
...........................................................................................
katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. 


AWAS !! KEBURUKAN KOPI !
*******************************
Namun, dalam beberapa penelitian, kopi sebenarnya tidak digalakkan sangat diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. Ini bermakna kopi boleh diminum tetapi pada kadar yang betul dan sesuai dengan tubuh badan.

Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. 

Ada juga kajian dari Institut Karolinska, Sweden. menyatakan bahawa wanita yang mengambil 100mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran.
..........................................................................................
Sebenarnya segala jenis pemakanan adalah bergantung kepada cara pengambilan. Jika salah sukatan atau melebih-melebih pula dari yang disyorkan kesannya lebihlah yang anda dapat. 

Apapun tepuk dada tanya selera sebab selera kita tak sama ! Betul tak ?

JEMPOT MINUM ! Urmmmm~~~

Tuesday, 26 January 2016

KETAHUI WAKTU SUBUR SUAMI AGAR MUDAH HAMIL

BILA AGAKNYA WAKTU SUBUR LELAKI ??
===========================

Bila bincang soal kesuburan, masih ramai yang tak tahu sebenarnya suami juga ada waktu subur. Kalau isteri, waktu subur boleh dikira dan mempunyai jangkaan hari tapi berbeza dengan lelaki. Wow..! Menarik..! Tapi sebelum tu...


TAHUKAH ANDA ?

Lelaki sihat menghasilkan 200 hingga 300 juta sperma berkualiti sehari atau secara purata 70,000 sperma seminit.

Proses pembiakan sperma untuk satu pusingan mengambil masa 90 hari.

Pada masa ini, ujian air mani satu-satunya kaedah yang dapat menentukan sama ada seseorang lelaki itu ada menghasilkan sperma. Jika ada sperma, ini bermakna lelaki itu tidak mandul.


Pemeriksaan yang akan dilakukan ialah mengukur kedua-dua buah zakar dengan alat Orkidometer dan jika perlu menjalani ujian hormon kesuburan FSH sebelum apa-apa rawatan.

Masalah sperma sama ada kurang bilangan, kurang aktif atau kurang sperma berbentuk normal boleh berlaku pada bila-bila masa.



APAKAH PUNCA MASALAH SPERMA ??
  • Faktor Usia
  • Pengambilan alkohol, rokok & dadah
  • Genetik tidak normal
  • Berat badan berlebihan atau kurang
  • Terdedah pada bahan toksin & radiasi
  • Hormon tak seimbang
  • Seluar ketat
  • Suhu panas
  • Pengambilan ubat yang tak sepatutnya
  • Tekanan 
  • Pemakanan tak sihat
  • Kerap beronani



SO..

BILA WAKTU SUBUR LELAKI ?

Untuk pengetahuan bersama, sperma juga dipengaruhi musim dan waktu.
Jumlah sperma akan lebih banyak pada waktu pagi dan pada musim sejuk. 

Manakala jumlah sperma akan berkurangan pada waktu tu panas. Kenapa
yerkk..?

Testis lelaki amat sensitif pada suhu persekitaran. Bila cuaca terlalu panas akan
menjejaskan kualiti sperma dan kemungkinan sperma akan mati dalam masa
singkat.
.
Waktu subur suami dianggarkan pada jam 4 pagi hingga 7 pagi dan waktu tu
sesuai bersama. Dan pada waktu ini, jumlah sperma lebih banyak dan mampu
bertahan lama untuk hidup.
.
Selain mencari waktu subur, kualiti sperma juga mempengaruhi kesuburan
lelaki dan kehamilan isteri. 


TAKE A NOTE OK !

      > Guna seluar longgar, jangan terlampau ketat
      .
      > Kurangkan pendedahan bahan kimia dan radiasi yang berlebihan
      .
   > Elakkan alat sulit anda berada di kawasan panas. Contohnya elakkan meletak laptop di atas riba.
.
> Elakkan makanan yang boleh menjejaskan kualiti sperma dan mengandungi bahan pengawet yang tinggi.
.
> Elakkan minuman beralkohol
.
> Hentikan tabiat merokok dan jauhi orang yang merokok kerana ia merupakan penyumbang utama masalah kesuburan
.
> Kurangkan tekanan dan jauhi perasaan kemurungan
.
> Dapatkan berat badan yang ideal







Tuesday, 19 January 2016

MAKANAN YANG MEMBANTU ANDA UNTUK HAMIL

Assalamualaikum wbt... Hai U'alls..

Hari ni sis ingin berkongsi tips buat anda semua yang masih menantikan kehadiran BABY.. Yeahh..! 

U'alls nak tau tak, selain usaha melakukan rawatan perubatan bagi membantu wanita yang sukar untuk hamil, jenis makanan yang dimakan juga sebenarnya dapat membantu meningkatkan kesuburan dan potensi untuk anda HAMIL cukup tinggi.

SO.. buat wanita yang masih belum berjaya HAMIL selepas beberapa bulan atau bertahun-tahun berkahwin apa kata anda amalkan makanan ini. Mane la tau kot kot lepas ni rezeki anda berjaya HAMIL.. Aamiin~

1. BANYAKKAN PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR SAYURAN SEGAR.
*****************************************************************************

  •  Elakkan dari mengambil makanan segera sebab ia mengandungi bahan yang tidak diperlukan badan.
  • Sayur dan buah dari sumber organik sangat sesuai untuk anda kerana ia mengandungi vitamin, protein dan enzim sempurna yang mudah diserap badan


2. MAKANAN TINGGI SERAT
***************************
  • Makanan yang mengandungi serat dapat membantu pergerakan usus lebih aktif dan melancarkan pembuangan racun dari badan.
  • Contoh makanan seperti TEMBIKAI, BIJIRIN, ROTI GANDUM, BERAS MERAH dan KEKACANG
3. SAYURAN BERDAUN HIJAU
*****************************
  • Sayuran berwarna HIJAU mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik untuk mempertahankan dan menjaga fungsu organ reproduksi supaya kekal stabil.
  • Dan ia sangat baik serta diperlukan bagi anda yang ingin cepat HAMIL

4. MAKANAN YANG MELANCARKAN KITARAN HAID
**************************************************
  • Amalkan makanan sepeti LOBAK MERAH, KELEDEK dan OREN kerana ia dapat bantu anda memberi kitaran haid yang tepat.
  • Kitaran haid yang tidak lancar akan mempengaruhi masalah hormon dan perkara ini boleh menjadi punca buat anda sukar HAMIL.
5. MAKANAN TINGGI ASID FOLIK
*******************************
  • Jadikan makanan seperti KACANG SOYA, KUNING TELUR, KENTANG, TEPUNG UBI, KOBIS, ASPARAGUS, UBI BIT, PISANG dan BROKOLI sebagai menu anda kerana kandungan asid foliknya tinggi.
  • ASID FOLIK dapat meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk anda HAMIL
6. VITAMIN C
*************
  • Rajin makan jenis makanan ini untuk memberi tenaga dan memudahkan anda untuk hamil kerana kandungan vitamin C di dalamnya dapat membantu membaiki masalah hormon anda
  • Makanlah makanan seperti OREN, STRAWBERI, BROKOLI, KOBIS BRUSSEL dan lain-lain makanan yang mengandungi Vitamin C

7. KEKACANG
*************
  • Kekacang mengandungin tinggi asid lemak dan omega 3 yang baik untuk anda serta membantu menjaga sistem reproduksi wanita.
  • Antara kekacang yang anda boleh amalkan sepeti ALMOND, WALNUT, PISTACHIO, KACANG TANAH, MACADAMIA dan lain-lain lagi

8. MAKANAN MEMBAIKI HORMON
*********************************
  • Makanan dan minuman yang mengandungi kalsium seperti susu dan keju
  • Makanan yang mengandungi PROTEIN seperti Ikan.
  • Kesemua makanan ini mengandungi khasiat dan meningkatkan peluang anda untuk HAMIL

9. HERBA
*********
  • Makanan yang mengandungi herba dapat membantu memberi kesuburan dan merawat masalah kesihatan anda.
  • Sebaiknya, amalkan pengambilan makanan yang terkandung di dalam Kitab Al-Quran kerana dijamin dapat membantu anda yang sedang berusaha untuk HAMIL
  • Ambil makanan seperti HABATUSAUDA, MADU, BUAT TIN, BUAH ZAITUN dan lain-lain lagi kerana selain ia berkhasiat.. ia juga telah diakui kebaikannya tanpa diragui.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kini anda boleh dapatkan kesemua khasiat tu dalam satu makanan.. 

NAK TAU APA DIA !!

Amalkan HABBASAUDA LISTRA...

Ia dapat memberi anda tenaga dan membantu memulihkan masalah kesihatan dan kesuburan anda.

Kandungan makanan sunnah seperti HABATUS SAUDA, BUAH TIN DAN MADU amat sesuai untuk semua jenis penyakit. Insya-Allah..

Nak Tahu Bagaimana untuk dapatkannya atau inginkan lebih info lagi berkaitan khasiat dan kebaikan HABBASAUDA LISTRA?

SMS/Whatsapp/Call sis  di talian : +60127920199 (Syafiqah)

(Insya-Allah.. Sis akan bantu anda untuk berikhtiar dengan solusi berkesan dari sumber terbaik.)







Monday, 11 January 2016

TAKNAK GEMOK NAK KURUS !!

AWAK RASA SAYA GEMOK TAK ? Ayat yang sentiasa kita tanyekan pada mereka yang dari tadi memerhatikan kita membelek diri di cermin. Hahaha.. Tahukah anda Obersiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbul dan membentuk di dalam badan seseorang. Ia boleh dianggap sebagai penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak terlampau banyak. Lebih teruk lagi, ia boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan yang lain dan seterusnya akan memberi kesan kepada masalah kesihatan yang lebih serius. 

Gulppp...! Macam Mana Nak Kurus nii..

JOM ikuti langkah dan panduan yang sista telah sediakan. Semoga anda konsisten dengan tips yang diberikan agar badang sentiasa sihat dan langsing slim moling gitu !

TIPS 1
> JANGAN BERLAPAR - Ini kerana makanan akan memberi tenaga dan bila tenaga dikurangkan, ia akan memberi kesan pada metabolisme tubuh menjadi rendah. Walaupun anda berjaya mengurangkan nafsu makan tetapi metabolisme rendah.. secara tak langsung ia tak membakar kalori dan kekal pada tahap yang sama. Sia-sia je berlapar dik !

TIPS 2
> PAHIT ITU PENAWAR - Minum atau makanan sesuatu yang pahit sebelum makan. Cara ini akan menyebabkan tekak berasa pahit dan isyarat tersebut akan terus dihantar ke otak dan di proses. Maka ia akan menggalakkan rembisan enzim dan asid HCL. Jangan tak tahu ! Kekurangan enzim dan asid HCL kat perut boleh menyebabkan penghadaman tak teratur.

TIPS 3
> 8 GELAS AIR MASAK SEHARI - Ia boleh mengurangkan selera makan dan secara semulajadi  ia membantu badan dari menyimpan lemak. Sebelum makan.. cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

TIPS 4
> KATAKAN TIDAK PADA MINUMAN BERKARBONAT (AIR GAS Lerhh !) - Kandungan gula yang terlampau tinggi tidak baik untuk kesihatan

TIPS 5
> KURANGKAN GARAM - Pengambilan garam yang tinggi akan menggalakkan badan menyerap air berlebihan. Kurangkan.. ia akan membantu mengurangkan berat badan yang disebabkan air.

TIPS 6
> AMBIL SARAPAN PAGI - Mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding mereka yang mengamalkannya. Cemner tu? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

TIPS 7
> MAKAN DENGAN SOPAN DAN PERLAHAN - Takyah gelojoh.. makan dengan perlahan-lahan, secara tak langsung tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan dalam menikmati hidangan.

TIPS 8 
> KUNYAH SEHINGGA 40 KALI GIGITAN - Hahaha.. Jangan kira pula. Cukuplah sekadar anda jadikan makanan yang anda kunyah menjadi cebisan kecil yang mudah ditelan dan diserap tubuh badan.

TIPS 9
> HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN -  Biar makan dengan kerap tetapi kuantiti sedikit atau makan banyak hanya sekali. Secara tidak langsung akan tidak berlapar dan makanan boleh diambil dengan sukatan yang betul

TIPS 10
> GOSOK GIGI SEBELUM MAKAN -  Jika anda terasa nak makan snek atau makanan ringan, berus gigi dahulu atau kunyah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

TIPS 11
> KURANGKAN MINYAK, MARJERIN & BUTTER - Ia boleh menyumbang penghasilan lemak tepu dalam badan. Tapi itu bukan bermakna tak boleh ambil cuma kurangkan.

TIPS 12
> AIR LIMAU NIPIS ATAU JUS MASAM - Kandungan asid nitrik dapat membantu membakar lemak dalam badan. Pastikan tiada kandungan gula ok!

TIPS 13
> MAKAN SAYUR DAN BUAH - Sumber vitamin, mineral dan serat dapat mengurangkan berat badan dan kandungan lemak yang rendah.

TIPS 14
> JANGAN TIMBANG HARI-HARI - Takut nanti cepat putus asa untuk berdiet bila timbang takder perubahan. Last-last makan banyak dan bagi alasan 'BIO GEMOKS ASAL SIHAT !"

TIPS 15
> AMBIL MAKANAN BEREMPAH & PEDAS - Ia boleh membakar kalori dan menjadikan badan mengeluarkan peluh dengan cepat. Tapi jangan selalu ambil ok! Nanti ceret beret !

TIPS 16
> MAKAN BIJIRAN & KEKACANG - Bijirin merupakan sumber utama tenaga kerana kandungan karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan baik untuk diet sihat.

TIPS 17
> TULIS DALAM DIARI - Rekod dan buat pantauan sentiasa. Dengan menulis segala perubahan diari anda akan lebih fokus dengan matlamat untuk kurus dan lebih komited dengan pelan diet anda. Catatan harian anda juga akan memberi inspirasi kepada mereka yang lain apabila anda berjaya kurangkan berat badan. Wahhh... motivated sangat !

TIPS 18
> MASAK SENDIRI - Makanan yang dimasak sendiri adalah lebih baik dari dibeli diluar. Secara tidak langsung, anda sendiri tahu bagaimana untuk menyukat pengambilan garam dan gula serta minyak. Dan penyediaan makanan menjadi lebih sihat dan baik untuk keluarga.

TIPS 19
> AMBIL PINGGAN KECIL - Penggunaan pinggan atau mangkuk kecil akan mengurangkan sukatan makanan. Secara tidak langsung anda dapat mengawal makan anda. Dan makan di tempat sepatutnya iaitu di meja makan. Anda akan lebih fokus pada makanan yang di ambil.

TIPS 20
> SENTIASA POSITIF - Anjakan paradigma yang terbaik adalah mengubah tabiat dan menganggap cemuhan dan sindiran orang ramai sebagai motivasi diri. Dari situ anda akan tanamkan azam dan tekad untuk kurangkan berat badan dengan lebih serius. So kepada yang mengutuk gemuk tu.. Terima kasih banyak2 k ! Anda kaunselor terbaik !

TIPS 21
> SENAMAN YANG TERBAIK - Bersenam boleh membakar kalori. Tapi tu bukan bermakna anda perlu ke padang atau gym sahaja. Lakukan senaman dirumah pun boleh kurangkan berat badan asalkan anda konsisten tanpa ada gangguan. Anda boleh lakukan aktiviti riadah atau senaman seperti berikut :

~> Jalan cepat atau marathon. Guna kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet.
~> Guna tangga dan kurangkan penggunaan lift jika rumah dan pejabat anda mempunyai lift. Tapi jika tingkat 30 nak guna tangga.. perlu berfikir dahulu k. Boleh bahagikan 2 bahagian. Guna tangga dahulu kemudian naik lift.
~> Berenang boleh membakar kalori dengan cepat
~> Senaman meregang otot badan dan sendi. Ia boleh melancarkan peredaran darah.
~> Menunggang basikal mampu membakar kalori. Dan yang paling best.. ia akan membentuk otot pada tubuh badan anda. Wow..! sixpack ko !