BILA AGAKNYA WAKTU SUBUR LELAKI ??
===========================
Bila bincang soal kesuburan, masih ramai yang tak tahu sebenarnya suami juga ada waktu subur. Kalau isteri, waktu subur boleh dikira dan mempunyai jangkaan hari tapi berbeza dengan lelaki. Wow..! Menarik..! Tapi sebelum tu...
TAHUKAH ANDA ?
Lelaki
sihat menghasilkan 200 hingga 300 juta sperma berkualiti sehari atau secara purata
70,000 sperma seminit.
Proses
pembiakan sperma untuk satu pusingan mengambil masa
90 hari.
Pada masa
ini, ujian air mani satu-satunya kaedah yang
dapat menentukan sama ada seseorang lelaki itu ada menghasilkan sperma. Jika ada sperma, ini bermakna lelaki itu tidak mandul.
Pemeriksaan yang
akan dilakukan ialah mengukur kedua-dua buah zakar dengan alat Orkidometer dan jika perlu menjalani ujian hormon kesuburan FSH sebelum apa-apa rawatan.
Masalah sperma sama ada kurang bilangan, kurang aktif atau kurang sperma berbentuk
normal boleh berlaku pada bila-bila masa.
APAKAH PUNCA MASALAH SPERMA ??
- Faktor Usia
- Pengambilan alkohol, rokok & dadah
- Genetik tidak normal
- Berat badan berlebihan atau kurang
- Terdedah pada bahan toksin & radiasi
- Hormon tak seimbang
- Seluar ketat
- Suhu panas
- Pengambilan ubat yang tak sepatutnya
- Tekanan
- Pemakanan tak sihat
- Kerap beronani
SO..
BILA WAKTU SUBUR LELAKI ?
Untuk pengetahuan bersama, sperma juga dipengaruhi musim dan waktu.
Jumlah sperma akan lebih banyak pada waktu pagi dan pada musim sejuk.
Manakala jumlah sperma akan berkurangan pada waktu tu panas. Kenapa
yerkk..?
Testis lelaki amat sensitif pada suhu persekitaran. Bila cuaca terlalu panas akan
menjejaskan kualiti sperma dan kemungkinan sperma akan mati dalam masa
singkat.
.
Waktu subur suami dianggarkan pada jam 4 pagi hingga 7 pagi dan waktu tu
sesuai bersama. Dan pada waktu ini, jumlah sperma lebih banyak dan mampu
bertahan lama untuk hidup.
.
Selain mencari waktu subur, kualiti sperma juga mempengaruhi kesuburan
lelaki dan kehamilan isteri.
TAKE A NOTE OK !
> Guna seluar longgar, jangan terlampau ketat
.
> Kurangkan pendedahan bahan kimia dan radiasi yang berlebihan
.
> Elakkan alat sulit anda berada di kawasan panas. Contohnya elakkan meletak laptop di atas riba.
.
> Elakkan makanan yang boleh menjejaskan kualiti sperma dan mengandungi bahan pengawet yang tinggi.
.
> Elakkan minuman beralkohol
.
> Hentikan tabiat merokok dan jauhi orang yang merokok kerana ia merupakan penyumbang utama masalah kesuburan
.
> Kurangkan tekanan dan jauhi perasaan kemurungan
.
> Dapatkan berat badan yang ideal
No comments:
Post a Comment