Tuesday, 26 January 2016

KETAHUI WAKTU SUBUR SUAMI AGAR MUDAH HAMIL

BILA AGAKNYA WAKTU SUBUR LELAKI ??
===========================

Bila bincang soal kesuburan, masih ramai yang tak tahu sebenarnya suami juga ada waktu subur. Kalau isteri, waktu subur boleh dikira dan mempunyai jangkaan hari tapi berbeza dengan lelaki. Wow..! Menarik..! Tapi sebelum tu...


TAHUKAH ANDA ?

Lelaki sihat menghasilkan 200 hingga 300 juta sperma berkualiti sehari atau secara purata 70,000 sperma seminit.

Proses pembiakan sperma untuk satu pusingan mengambil masa 90 hari.

Pada masa ini, ujian air mani satu-satunya kaedah yang dapat menentukan sama ada seseorang lelaki itu ada menghasilkan sperma. Jika ada sperma, ini bermakna lelaki itu tidak mandul.


Pemeriksaan yang akan dilakukan ialah mengukur kedua-dua buah zakar dengan alat Orkidometer dan jika perlu menjalani ujian hormon kesuburan FSH sebelum apa-apa rawatan.

Masalah sperma sama ada kurang bilangan, kurang aktif atau kurang sperma berbentuk normal boleh berlaku pada bila-bila masa.



APAKAH PUNCA MASALAH SPERMA ??
  • Faktor Usia
  • Pengambilan alkohol, rokok & dadah
  • Genetik tidak normal
  • Berat badan berlebihan atau kurang
  • Terdedah pada bahan toksin & radiasi
  • Hormon tak seimbang
  • Seluar ketat
  • Suhu panas
  • Pengambilan ubat yang tak sepatutnya
  • Tekanan 
  • Pemakanan tak sihat
  • Kerap beronani



SO..

BILA WAKTU SUBUR LELAKI ?

Untuk pengetahuan bersama, sperma juga dipengaruhi musim dan waktu.
Jumlah sperma akan lebih banyak pada waktu pagi dan pada musim sejuk. 

Manakala jumlah sperma akan berkurangan pada waktu tu panas. Kenapa
yerkk..?

Testis lelaki amat sensitif pada suhu persekitaran. Bila cuaca terlalu panas akan
menjejaskan kualiti sperma dan kemungkinan sperma akan mati dalam masa
singkat.
.
Waktu subur suami dianggarkan pada jam 4 pagi hingga 7 pagi dan waktu tu
sesuai bersama. Dan pada waktu ini, jumlah sperma lebih banyak dan mampu
bertahan lama untuk hidup.
.
Selain mencari waktu subur, kualiti sperma juga mempengaruhi kesuburan
lelaki dan kehamilan isteri. 


TAKE A NOTE OK !

      > Guna seluar longgar, jangan terlampau ketat
      .
      > Kurangkan pendedahan bahan kimia dan radiasi yang berlebihan
      .
   > Elakkan alat sulit anda berada di kawasan panas. Contohnya elakkan meletak laptop di atas riba.
.
> Elakkan makanan yang boleh menjejaskan kualiti sperma dan mengandungi bahan pengawet yang tinggi.
.
> Elakkan minuman beralkohol
.
> Hentikan tabiat merokok dan jauhi orang yang merokok kerana ia merupakan penyumbang utama masalah kesuburan
.
> Kurangkan tekanan dan jauhi perasaan kemurungan
.
> Dapatkan berat badan yang ideal







Tuesday, 19 January 2016

MAKANAN YANG MEMBANTU ANDA UNTUK HAMIL

Assalamualaikum wbt... Hai U'alls..

Hari ni sis ingin berkongsi tips buat anda semua yang masih menantikan kehadiran BABY.. Yeahh..! 

U'alls nak tau tak, selain usaha melakukan rawatan perubatan bagi membantu wanita yang sukar untuk hamil, jenis makanan yang dimakan juga sebenarnya dapat membantu meningkatkan kesuburan dan potensi untuk anda HAMIL cukup tinggi.

SO.. buat wanita yang masih belum berjaya HAMIL selepas beberapa bulan atau bertahun-tahun berkahwin apa kata anda amalkan makanan ini. Mane la tau kot kot lepas ni rezeki anda berjaya HAMIL.. Aamiin~

1. BANYAKKAN PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR SAYURAN SEGAR.
*****************************************************************************

  •  Elakkan dari mengambil makanan segera sebab ia mengandungi bahan yang tidak diperlukan badan.
  • Sayur dan buah dari sumber organik sangat sesuai untuk anda kerana ia mengandungi vitamin, protein dan enzim sempurna yang mudah diserap badan


2. MAKANAN TINGGI SERAT
***************************
  • Makanan yang mengandungi serat dapat membantu pergerakan usus lebih aktif dan melancarkan pembuangan racun dari badan.
  • Contoh makanan seperti TEMBIKAI, BIJIRIN, ROTI GANDUM, BERAS MERAH dan KEKACANG
3. SAYURAN BERDAUN HIJAU
*****************************
  • Sayuran berwarna HIJAU mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik untuk mempertahankan dan menjaga fungsu organ reproduksi supaya kekal stabil.
  • Dan ia sangat baik serta diperlukan bagi anda yang ingin cepat HAMIL

4. MAKANAN YANG MELANCARKAN KITARAN HAID
**************************************************
  • Amalkan makanan sepeti LOBAK MERAH, KELEDEK dan OREN kerana ia dapat bantu anda memberi kitaran haid yang tepat.
  • Kitaran haid yang tidak lancar akan mempengaruhi masalah hormon dan perkara ini boleh menjadi punca buat anda sukar HAMIL.
5. MAKANAN TINGGI ASID FOLIK
*******************************
  • Jadikan makanan seperti KACANG SOYA, KUNING TELUR, KENTANG, TEPUNG UBI, KOBIS, ASPARAGUS, UBI BIT, PISANG dan BROKOLI sebagai menu anda kerana kandungan asid foliknya tinggi.
  • ASID FOLIK dapat meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk anda HAMIL
6. VITAMIN C
*************
  • Rajin makan jenis makanan ini untuk memberi tenaga dan memudahkan anda untuk hamil kerana kandungan vitamin C di dalamnya dapat membantu membaiki masalah hormon anda
  • Makanlah makanan seperti OREN, STRAWBERI, BROKOLI, KOBIS BRUSSEL dan lain-lain makanan yang mengandungi Vitamin C

7. KEKACANG
*************
  • Kekacang mengandungin tinggi asid lemak dan omega 3 yang baik untuk anda serta membantu menjaga sistem reproduksi wanita.
  • Antara kekacang yang anda boleh amalkan sepeti ALMOND, WALNUT, PISTACHIO, KACANG TANAH, MACADAMIA dan lain-lain lagi

8. MAKANAN MEMBAIKI HORMON
*********************************
  • Makanan dan minuman yang mengandungi kalsium seperti susu dan keju
  • Makanan yang mengandungi PROTEIN seperti Ikan.
  • Kesemua makanan ini mengandungi khasiat dan meningkatkan peluang anda untuk HAMIL

9. HERBA
*********
  • Makanan yang mengandungi herba dapat membantu memberi kesuburan dan merawat masalah kesihatan anda.
  • Sebaiknya, amalkan pengambilan makanan yang terkandung di dalam Kitab Al-Quran kerana dijamin dapat membantu anda yang sedang berusaha untuk HAMIL
  • Ambil makanan seperti HABATUSAUDA, MADU, BUAT TIN, BUAH ZAITUN dan lain-lain lagi kerana selain ia berkhasiat.. ia juga telah diakui kebaikannya tanpa diragui.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kini anda boleh dapatkan kesemua khasiat tu dalam satu makanan.. 

NAK TAU APA DIA !!

Amalkan HABBASAUDA LISTRA...

Ia dapat memberi anda tenaga dan membantu memulihkan masalah kesihatan dan kesuburan anda.

Kandungan makanan sunnah seperti HABATUS SAUDA, BUAH TIN DAN MADU amat sesuai untuk semua jenis penyakit. Insya-Allah..

Nak Tahu Bagaimana untuk dapatkannya atau inginkan lebih info lagi berkaitan khasiat dan kebaikan HABBASAUDA LISTRA?

SMS/Whatsapp/Call sis  di talian : +60127920199 (Syafiqah)

(Insya-Allah.. Sis akan bantu anda untuk berikhtiar dengan solusi berkesan dari sumber terbaik.)







Monday, 11 January 2016

TAKNAK GEMOK NAK KURUS !!

AWAK RASA SAYA GEMOK TAK ? Ayat yang sentiasa kita tanyekan pada mereka yang dari tadi memerhatikan kita membelek diri di cermin. Hahaha.. Tahukah anda Obersiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbul dan membentuk di dalam badan seseorang. Ia boleh dianggap sebagai penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak terlampau banyak. Lebih teruk lagi, ia boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan yang lain dan seterusnya akan memberi kesan kepada masalah kesihatan yang lebih serius. 

Gulppp...! Macam Mana Nak Kurus nii..

JOM ikuti langkah dan panduan yang sista telah sediakan. Semoga anda konsisten dengan tips yang diberikan agar badang sentiasa sihat dan langsing slim moling gitu !

TIPS 1
> JANGAN BERLAPAR - Ini kerana makanan akan memberi tenaga dan bila tenaga dikurangkan, ia akan memberi kesan pada metabolisme tubuh menjadi rendah. Walaupun anda berjaya mengurangkan nafsu makan tetapi metabolisme rendah.. secara tak langsung ia tak membakar kalori dan kekal pada tahap yang sama. Sia-sia je berlapar dik !

TIPS 2
> PAHIT ITU PENAWAR - Minum atau makanan sesuatu yang pahit sebelum makan. Cara ini akan menyebabkan tekak berasa pahit dan isyarat tersebut akan terus dihantar ke otak dan di proses. Maka ia akan menggalakkan rembisan enzim dan asid HCL. Jangan tak tahu ! Kekurangan enzim dan asid HCL kat perut boleh menyebabkan penghadaman tak teratur.

TIPS 3
> 8 GELAS AIR MASAK SEHARI - Ia boleh mengurangkan selera makan dan secara semulajadi  ia membantu badan dari menyimpan lemak. Sebelum makan.. cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

TIPS 4
> KATAKAN TIDAK PADA MINUMAN BERKARBONAT (AIR GAS Lerhh !) - Kandungan gula yang terlampau tinggi tidak baik untuk kesihatan

TIPS 5
> KURANGKAN GARAM - Pengambilan garam yang tinggi akan menggalakkan badan menyerap air berlebihan. Kurangkan.. ia akan membantu mengurangkan berat badan yang disebabkan air.

TIPS 6
> AMBIL SARAPAN PAGI - Mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding mereka yang mengamalkannya. Cemner tu? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

TIPS 7
> MAKAN DENGAN SOPAN DAN PERLAHAN - Takyah gelojoh.. makan dengan perlahan-lahan, secara tak langsung tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan dalam menikmati hidangan.

TIPS 8 
> KUNYAH SEHINGGA 40 KALI GIGITAN - Hahaha.. Jangan kira pula. Cukuplah sekadar anda jadikan makanan yang anda kunyah menjadi cebisan kecil yang mudah ditelan dan diserap tubuh badan.

TIPS 9
> HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN -  Biar makan dengan kerap tetapi kuantiti sedikit atau makan banyak hanya sekali. Secara tidak langsung akan tidak berlapar dan makanan boleh diambil dengan sukatan yang betul

TIPS 10
> GOSOK GIGI SEBELUM MAKAN -  Jika anda terasa nak makan snek atau makanan ringan, berus gigi dahulu atau kunyah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

TIPS 11
> KURANGKAN MINYAK, MARJERIN & BUTTER - Ia boleh menyumbang penghasilan lemak tepu dalam badan. Tapi itu bukan bermakna tak boleh ambil cuma kurangkan.

TIPS 12
> AIR LIMAU NIPIS ATAU JUS MASAM - Kandungan asid nitrik dapat membantu membakar lemak dalam badan. Pastikan tiada kandungan gula ok!

TIPS 13
> MAKAN SAYUR DAN BUAH - Sumber vitamin, mineral dan serat dapat mengurangkan berat badan dan kandungan lemak yang rendah.

TIPS 14
> JANGAN TIMBANG HARI-HARI - Takut nanti cepat putus asa untuk berdiet bila timbang takder perubahan. Last-last makan banyak dan bagi alasan 'BIO GEMOKS ASAL SIHAT !"

TIPS 15
> AMBIL MAKANAN BEREMPAH & PEDAS - Ia boleh membakar kalori dan menjadikan badan mengeluarkan peluh dengan cepat. Tapi jangan selalu ambil ok! Nanti ceret beret !

TIPS 16
> MAKAN BIJIRAN & KEKACANG - Bijirin merupakan sumber utama tenaga kerana kandungan karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan baik untuk diet sihat.

TIPS 17
> TULIS DALAM DIARI - Rekod dan buat pantauan sentiasa. Dengan menulis segala perubahan diari anda akan lebih fokus dengan matlamat untuk kurus dan lebih komited dengan pelan diet anda. Catatan harian anda juga akan memberi inspirasi kepada mereka yang lain apabila anda berjaya kurangkan berat badan. Wahhh... motivated sangat !

TIPS 18
> MASAK SENDIRI - Makanan yang dimasak sendiri adalah lebih baik dari dibeli diluar. Secara tidak langsung, anda sendiri tahu bagaimana untuk menyukat pengambilan garam dan gula serta minyak. Dan penyediaan makanan menjadi lebih sihat dan baik untuk keluarga.

TIPS 19
> AMBIL PINGGAN KECIL - Penggunaan pinggan atau mangkuk kecil akan mengurangkan sukatan makanan. Secara tidak langsung anda dapat mengawal makan anda. Dan makan di tempat sepatutnya iaitu di meja makan. Anda akan lebih fokus pada makanan yang di ambil.

TIPS 20
> SENTIASA POSITIF - Anjakan paradigma yang terbaik adalah mengubah tabiat dan menganggap cemuhan dan sindiran orang ramai sebagai motivasi diri. Dari situ anda akan tanamkan azam dan tekad untuk kurangkan berat badan dengan lebih serius. So kepada yang mengutuk gemuk tu.. Terima kasih banyak2 k ! Anda kaunselor terbaik !

TIPS 21
> SENAMAN YANG TERBAIK - Bersenam boleh membakar kalori. Tapi tu bukan bermakna anda perlu ke padang atau gym sahaja. Lakukan senaman dirumah pun boleh kurangkan berat badan asalkan anda konsisten tanpa ada gangguan. Anda boleh lakukan aktiviti riadah atau senaman seperti berikut :

~> Jalan cepat atau marathon. Guna kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet.
~> Guna tangga dan kurangkan penggunaan lift jika rumah dan pejabat anda mempunyai lift. Tapi jika tingkat 30 nak guna tangga.. perlu berfikir dahulu k. Boleh bahagikan 2 bahagian. Guna tangga dahulu kemudian naik lift.
~> Berenang boleh membakar kalori dengan cepat
~> Senaman meregang otot badan dan sendi. Ia boleh melancarkan peredaran darah.
~> Menunggang basikal mampu membakar kalori. Dan yang paling best.. ia akan membentuk otot pada tubuh badan anda. Wow..! sixpack ko !










Tuesday, 5 January 2016

HABBATUS SAUDA PENAWAR SEGALA PENYAKIT

Assalamualaikum w.b.t

Hi Allz.. Jom subur-suburkan pengetahuan anda dengan perbanyakkan lagi ilmu pengetahuan yer. Berpesan-pesan untuk kebaikan bersama dikatakan.
.
Ok.. Ari ni sis nak kongsikan keajaiban penawar dengan pengamalan salah satu pemakanan sunnah. Wahhh... ape tu? 
.
.
Mungkin ramai dikalangan kita kurang mengetahui akan rahsia alami yang tersembunyi yang sebenarnya mampu menjadi penawar dan dapat memberi manfaat kepada manusia. Hari ni saya nak 'Share' tentang Khasiat HABBATUS SAUDA sebagai penawar segala penyakit. Moga ia boleh dijadikan rujukan dan memberi manfaat kepada anda semua. Jangan marah ok kalau terlalu skema..  

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.

APA TU HABBATUS SAUDA ?

NAMA INGGERIS   : Black cumin, Black seed

NAMA TEMPATAN : Jintan Hitam

NAMA ARAB :  Habbatussauda'

NAMA SAINS : Nigella sativa

FAMILI : Ranunculaceae

BAHAGIAN YANG DIGUNA : Biji

TABIAT & HABITAT : Tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta (20 - 30 cm), struktur daun lurus dan mengeluarkan bunga yang berwarna putih dan biru pucat. Buah saiz besar dalam bentuk kapsul dengan mengandungi tiga hingga tujuh folikel padu dan setiap satu mengandungi beberapa butiran hitam yang digunakan sebagai rempah ratus dan bahan perubatan.






NILAI PEMAKANAN

Biji Habbatus Sauda mengandungi lebih daripada 100 zat penting yang dapat membantu :

* Menghalang jangkitan
* Menyeimbangkan sistem imunisasi tubuh
* Membantu menstabilkan membran sel
* Bertindak balas dengan alergi

Asid Lemak tidak tepu yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat :

* Mengatur metabolisme
* Membawa racun ke permukaan kulit untuk disingkirkan
* Menyeimbangkan paras insulin
* Mengawal KOLESTROL ( Sesuai bagi yang nak diet.. )





KHASIAT DAN MANFAAT HABBATUS SAUDA 

Antiinflamasi, mengubati radang/ bengkak 
Antiarthritis, mengubati reumatik.
Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Mengawal aturan hormon, mengatur haid, baiki masalah kesuburan & meningkatkan aliran susu.

* Merawat tenaga batin, menambah bilangan sperma dan lebihan air mani (Cik Abang perlu tau nii !)Antiseptik, mengubati jangkitan penyakit 
Antivirus, mengubati demam dan flu.
Dermatologi, mengubati jerawat dan ekzema 
Urinary tract, mengubati jangkitan saluran kencing dan batu ginjal.
* Sistem imunisasi dan kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit.

Gastrointestinal tract / saluran pencernaan , mengubati motion sickenss , morning sicknes/     loya / mual  , constipation / sembelit , diarrhea/ cirit birit  dan batu hempedu.
Sistem cirkulasi / peredaran darah , meningkatkan kesihatan jantung.
Nematocidal, mengubati cacing pita.
Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma) / radang paru paru . bronchitis , brociolitis


7 CIRI-CIRI & NILAI PERUBATAN : 

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
~ polysaccharide
~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
~ amino acid yang membentuk protein
~ karotene iaitu sumber vitamin A
~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.


3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.


4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.


5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.


6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).


7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.




Di Timur Tengah, minyak dan bijian Habbatus Sauda ,ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.