Assalamualaikum w.b.t
Hi Allz.. Jom subur-suburkan pengetahuan anda dengan perbanyakkan lagi ilmu pengetahuan yer. Berpesan-pesan untuk kebaikan bersama dikatakan.
.
Ok.. Ari ni sis nak kongsikan keajaiban penawar dengan pengamalan salah satu pemakanan sunnah. Wahhh... ape tu?
.
.
Mungkin ramai dikalangan kita kurang mengetahui akan rahsia alami yang tersembunyi yang sebenarnya mampu menjadi penawar dan dapat memberi manfaat kepada manusia. Hari ni saya nak 'Share' tentang Khasiat HABBATUS SAUDA sebagai penawar segala penyakit. Moga ia boleh dijadikan rujukan dan memberi manfaat kepada anda semua. Jangan marah ok kalau terlalu skema..
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”Riwayat Imam Bukhari.
APA TU HABBATUS SAUDA ?
NAMA INGGERIS : Black cumin, Black seed
NAMA TEMPATAN : Jintan Hitam
NAMA ARAB : Habbatussauda'
NAMA SAINS : Nigella sativa
FAMILI : Ranunculaceae
BAHAGIAN YANG DIGUNA : Biji
TABIAT & HABITAT : Tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta (20 - 30 cm), struktur daun lurus dan mengeluarkan bunga yang berwarna putih dan biru pucat. Buah saiz besar dalam bentuk kapsul dengan mengandungi tiga hingga tujuh folikel padu dan setiap satu mengandungi beberapa butiran hitam yang digunakan sebagai rempah ratus dan bahan perubatan.
NILAI PEMAKANAN
Biji Habbatus Sauda mengandungi lebih daripada 100 zat penting yang dapat membantu :
* Menghalang jangkitan
* Menyeimbangkan sistem imunisasi tubuh
* Membantu menstabilkan membran sel
* Bertindak balas dengan alergi
Asid Lemak tidak tepu yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat :
* Mengatur metabolisme
* Membawa racun ke permukaan kulit untuk disingkirkan
* Menyeimbangkan paras insulin
* Mengawal KOLESTROL ( Sesuai bagi yang nak diet.. )
* Antiinflamasi, mengubati radang/ bengkak
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Mengawal aturan hormon, mengatur haid, baiki masalah kesuburan & meningkatkan aliran susu.
* Merawat tenaga batin, menambah bilangan sperma dan lebihan air mani (Cik Abang perlu tau nii !)* Antiseptik, mengubati jangkitan penyakit
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan ekzema
* Urinary tract, mengubati jangkitan saluran kencing dan batu ginjal.
* Sistem imunisasi dan kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit.
* Gastrointestinal tract / saluran pencernaan , mengubati motion sickenss , morning sicknes/ loya / mual , constipation / sembelit , diarrhea/ cirit birit dan batu hempedu.
* Sistem cirkulasi / peredaran darah , meningkatkan kesihatan jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma) / radang paru paru . bronchitis , brociolitis
7 CIRI-CIRI & NILAI PERUBATAN :
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
~ polysaccharide
~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
~ amino acid yang membentuk protein
~ karotene iaitu sumber vitamin A
~ kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Di Timur Tengah, minyak dan bijian Habbatus Sauda ,ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.
No comments:
Post a Comment